Selasa, 29 Oktober 2013

YOU

All About You


I love you,

I care about you,

I need you,

I just want you,

I want always together with you,

I rather die then stay away from you,

I addicted to you,

I dont want to share you with others,

I want to live in a world that only have you and me,

I don't want to seperate with you even one second,

I am madly,crazily,passionately in love at you

You think that I'm insane and psycho?Yes definately..Im crazy because of him 














-I"m Deadly in Love with You-




Isnin, 28 Oktober 2013

Rindu Dan Sayang

Aku Dan Dia





Assalamualaikum :) hye korang, dah lama aku tak update kan? Hmm sejak kebelakangan ni mood aku kurang baik..Im not really in a good shape now, that's why I'm not in a good mood..Btw hari ni aku dah okaylah sikit, cuma sakit perut aku cuma tak hilang lagi, tapi takpe, aku dah biasa ^^


Hari ni aku nak cerita pasal aku dan dia sahaja..Sebab aku betul2 rindukan dia sangat-II.. Rindu yang memang tahap kritikal dah ni.. Siang malam pagi petang aku asyik teringatkan dia je..Bila bangun je dari tidur, dialah orang pertama dalam ingatan aku, dan masa baru2 bangun tidur tulah aku jadi rindu yang amat tahap maximum kat dia..


Aku rindu semuanya, aku rindu masa time kitaorang baru start our relationship..Aku bahagia sangat masa tuu..Dia selalu spend time dengan aku *walaupun hanya bersms* Dari pagi sampai ke malam nak ke pagi pulak, kitaorang tak henti2 sms..Lepastu aku selalu merajuk dengan dia, tapi dia tak pernah berhenti pujuk aku! Ya Allah bahagia sangat, kdng2 aku sengaja buat2 merajuk sebab aku rasa happy dengan cara dia pujuk aku, hee~ Seriously kitaorang madly in love lah dulu...Tapi sekarang, hmm semuanya dah berubah dah, sekarang ni aku perasan hanya aku sorang saja madly in love dengan dia..Dia ? hmm better dont ask.. 






Aku tanya kenapa dia berubah? Knapa dia tak boleh jadi macam dulu..Lepastu dia cakap semua manusia akan berubah..Seriously aku langsung tak puas hati dengan jawapan dia..Aku terus tanya dia soalan yang sama dan jawapan yang sama jgk akan diberi..Sampai ada satu saat aku kecewa sangat sebab dia cakap, kalau aku asyik sedih dan kecewa dengan dia, pergilah cari pengganti..Seriously masa tuu punah sangat hati aku.. Cara dia cakap seolah olah dia langsung dah takda perasaan kat aku dah..Seriously itu merupakan tamparan yang paling hebat dalam hidup aku masa tuu..


Tapi masa tuu aku tak putus asa..Aku ambil keputusan aku akan cuba curi hati dia semula, aku sanggup rendahkan ego seorang perempuan aku yang penting  aku tak hilang dia, sumpah demi nama Allah aku rasa seolah olah nyawa aku melayang bila dia cakap dia suruh aku cari pengganti, apatah lagi hilang dia ! Aku rasa tatawlah nak cakap mcm mana nak gambarkan....Hari demi hari, selepas aku cuba sedaya upaya curi hati dia balik,alhamdulillah..Dia dah layan aku lebih baik,sayang aku,dan aku rasa dihargai balik..






Tapi, dia tetap tak jadi macam dulu balik, macam first2 aku kenal dia, masa mula2 aku jatuh cinta kat dia..Nak buat macam mana..Hati manusia tak boleh dipaksa..Kalau aku paksa, mesti peristiwa haritu berulang balik..hmm..Aku dah takmau dia cakap macamtuu..Seksanya hati hanya Allah swt saja yang taw..Tapi walau ap2 pun..Aku tetap rindu dia yang dulu,rindu kasih sayang dia yang dulu, caring dia yang dulu, cinta dia yang dulu.. :')


Makin hari aku rasa makin jauh dengan dia, jauh sangat..Dah tak rapat macam dulu..Terasa dia buang aku sikit demi sedikit dari hidup dia..Seriously aku tahu ! Aku tahu ! Cara dia layan aku makin hari makin lain..Sebab tu aku tahu ! Aku tak berprasangka buruk ! Tapi aku yang lalui semua ni! Sebab tuu aku tahu ! Ya Allah..Aku sedih sangat..Aku tak boleh berhenti mengalirkan air mata ni..Ya Tuhan..Tolonglah aku,,Aku mohon..






Sekarang ni, dia selalu spend time dengan kawan2 dia, jujur memang aku rasa cemburu sangat, tapi difikirkan semula nak buat apa cemburu,dia dah kenal kawan2 dia lagi lama dari aku..Kitaorang baru kenal 7 bulan..Kawan2 dia sejak dia Form 1 lagi dia dah kenal :') Jadi memang patut dia lebih spend time dia dengan kawan2 dia berbanding dengan aku :'D Tak macam aku, sejak bercinta ni aku jarang spend time dengan kawan2 aku..entahlah, terasa takda mood nak gelak2 dgn diorang..Sebab aku asyik teringatkan dia ja..Seriously aku memang bodoh !Hang je yang melebih dan terhegeh hegeh dengan dia Farah oi ! 


Semalam aku saja nak test dia..Aku cakap bab kawin..Selalu orang cakap kalau orang tuu betul2 sayang kat kita, dia akan bersungguh sungguh cakap dengan kita pasal hal perkahwinan ni..Jadi aku nak testlah dia.. aku cakap aku tensyen cakap pasal kahwin..Lepastu dia cakap "Tau takpe,haha takpe haha tak kawin pun takpe tpi takpe suatu hari nanti" seriously rasa sedih gila..Menyesal test dia..Nampak sangat2 dia tak bersungguh sungguh..Balik2 aku yang sakit hati..Dah macam2 aku test dia...Hasilnya semua negatif..Hmm..Macam mana aku nak think positive haaaa gila !!!!! Macam mana aku tak selalu sedih..Lepastu orang cakap jangan sedih pasai ni cinta monyet jaa..Kepala hotak kau cinta monyet!Aku nak sehidup semati dgn dialah gila! Aku sayang dia sangat2 lah bangang !hmmmmmmmmmmmmmmm


Tapi, walau dah macam2 yang dah berlaku..Aku takkan putus asa ! Aku sayang dia sangat..Aku akan pastikan aku akan usaha kekalkan hubungan kitaorang selagi aku bernafas...Selagi diizikan Allah ! Aku takan putus asa ! Ya Allah..Aku sayang dia sangat2..Tolonglah jangan ambil dia dari aku..hmm :'( Aku nak jadi isteri dia, ibu kepada anak2 dia, nak jadi teman hidup dia,nak sehidup semati dengan dia..Ya Allah..Hanya padamu aku meminta pertolongan dan bertawakal ..





Ni lagu yang menggambarkan perasaan aku kat dia..Haha bila aku tengok cerita Twilight..Dari Twilight Saga,Twilight New Moon,Twilight Eclipse, Twilight Breaking Dawn Part1,Twilight Breaking Dawn Part2 aku akan bayangkan seolah olah aku ni Bella dan dia Edward..Alangkah indahnya kalau dia sayang aku macam Edward sayang Bella.. :') Okay itu je..Sorry aku meluahkan perasaan kat sini..


Love You Very2 Much :'*


Isnin, 14 Oktober 2013

Hatiku

KEINGINAN INGIN DIPUJUK




Assalamualaikum..Hye semua..Selamat Hari Raya Aidiladha ! Korang nanti bagilah daging kat aku...Hahaha *kempunan daging* Hari ni..entahlah aku rasa macam sedih sedikit..Knapa?Takpelah biarlah ia menjadi perkara peribadi..Biarlah aku dengan Allah swt sahaja yang tahu :) Hari ni aku nak cerita tentang hati aku..Aku ni jenis perempuan yang manja, suka perhatian..Aku selalu menangis kalau aku sedih dan sakit hati..Dan aku teringin sangat orang pujuk aku..Tapi setakat 15 tahun aku hidup, tiada siapa yang betul2 mahu pujuk aku masa aku sedih.Kfine mesti korang kata aku mengada tapi inilah hakikatnya..Hati seorang perempuan lembut umpama kapas k..







Tengok gambar kat atas?Haha sweetkan, baby tengah memujuk kawan baby die supaya jangan menangis..Hmm..aku teringin sangat nak berada dalam situasi gambar di atas..Tapi tak dapat pun, bila aku sedih, aku nangis, akulah yang pujuk diri aku sendiri..Aku menangis pun cuma bantal peluk aku yang menjadi pendengar haha...Aku pernah beberapa kali merajuk dengan si dia, tapi seperti biasa dia akan buat tak tahu jaa..Haha kalau aku merajuk tuu biarlah selama mana pun dia tak kisah pun..Sampai aku pulak yang takut sebab aku takut bila aku merajuk lama2 dan tak contact dia lama dia akan mintak putus..Sebab tuu aku takut merajuk dengan dia lama2..Hmm..









Tapi, sebenarnya ada yang sudi memujuk kita..Ya..Allah swt yang selalu sudi dengar masalah,kesedihan kita..Bila kita sedih jalan yang terbaik sekali ialah berdoa kepada Allah swt..Allah swt takkan biarkan doa  hambaNya yang sedih,merintih rintih..Bila aku sedih sangat dan tiada sesiapapun dalam dunia ni yang peduli, hanya Allah swt saja yang peduli..Bila aku berdoa,hati aku jadi tenang sangat..Tenang seperti air tasik di bawah cahaya bulan..tenang tak terhingga..Sesungguhnya Allah swt pemujuk yang paling hebat..Maka marilah kita sentiasa mendekati diri kepada Allah swt kerana Allah swt sangat mengasihi hamba2Nya :')













Santai petang

RAPUH 


Assalamualaikum..Hye ^^ Petang2 macam ni korang mesti keluar riadah dengan family member dan member2..mesti syok..Aku? ahackss..Petang2 macam ni aku suka dengar lagu :) Okay hari ni aku share dengan korang lagu islamik antara yang paling aku suka..Lagu ni memang mendalam maksudnya..Lagu ni telah berjaya menyampaikan input dan dapat menghasilkan output yang baik untuk merasakan cinta kita kepada Allah swt..Jom kita dengar dan hayati ^^

Opick – Rapuh 

 Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

 
Okay, macam biasa video kat atas adalah lagu Rapuh yang sebenar..Harap2 korang enjoy ^^ Bye *kenyit mata*

Luahan Hati

Impian..



Assalamualaikum.. Selamat petang everybody.. hee *chakk* haha..Saja nak bermanja dengan korang :P Bosan petang2 macam ni tak buat apa so aku ambil keputusan nak tulis blog jelah.. Ihick2.. Topik hari ni tentang isi hati aku..Apa kaitan gambar kat atas dengan isi hati aku?Macam ni ceritanya..Setiap wanita dalam dunia ni mesti nak berada dalam situasi di atas..Membina hubungan yang halal dengan insan yang paling kita cinta.Begitu jugak dengan aku..Ramai yang mesti ingat yang aku ni gatal lah apalah sebab cakap bab kahwin tapi bagi aku itu bukan perkara yang salah,aku harapkan, impikan perkara yang halal lagi diredhai Allah swt :)








Aku selalu berharap, ada sang adam yang ikhlas mencintaiku, yang ingin menjadikan diri aku ini halal untuknya,yang sentiasa melindungi diri hawaku yang lemah, mendampingiku menjadi wanita yang solehah yang sangat taat kepada perintah Allah dan Rasulullah saw..Aku sangat berharap jejaka yang berjaya menawan hati aku itu dapat melakukan semua itu untukku..Itulah yang aku katakan perkahwinan ini ialah sebuah harapan yang besar..Orang pandang remeh tentang hal ini..Tapi cuba bayangkan, pasal persepsi negatif masyarakat tentang niat seorang remaja untuk berkahwin awal nilah telah mendatangkan 1001 maksiat dan zina dalam kalangan remaja..






Lagipun, Rasulullah saw pernah mengatakan bahawa apabila pasangan remaja berkahwin maka menangislah syaitan kerana perkahwinan yang telah dijalin..Ya aku masih remaja yang berumur lima belas tahun tapi ia bukan menjadi  kesalahan untuk memikirkan tentang niat suci ini?Dari kita tengok ramai remaja yang menjalinkan hubungan tetapi langsung tiada niat untuk berkahwin terus hanyut dalam kancah perzinaan tanpa nokhtah..akhirnya memudaratkan diri sendiri dengan ada sesetengahnya yang bunuh diri akibat ditinggalkan..Kenapa mereka ditinggalkan?Bagi aku kerana mereka hanya mahu bersuka suka melepaskan nafsu terhadap pasangan mereka tanpa niat langsung di hati untuk berkahwin dengan pasangan mereka..


MENJADI SEORANG IBU



















Lagipun, memang cita-cita aku sejak kecil pun nak menjadi seorang ibu hinggalah sekarang..Itulah impian yang paling aku angan angankan..Kenapa? Kerana keindahan kasih sayang antara anak dan ibu itu sendiri, sungguh indah tidak terkata dan dijangkau dengan panca indera..Sebab lain aku suka akan perkahwinan sebab kita boleh menjadi seorang ibu dan menjalinkan kasih sayang dengan anak kita yang tercinta..Sesungguhnya, ya! memang indah..Bagaimana indahnya kasih sayang ibu aku yang berikan pada aku, macam tulah aku inginkan berikan kepada insan yang bergelar anak,insan yang kita kandungkan,yang kita sendiri lahirkan..Aku mahu merasa keindahan kasih sayang itu..






Konklusinya, aku memang mengharapkan kehidupan seperti gambar di atas..Indahkan? Sebuah keluarga Islam ^^ menjalinkan kasih sayang antara satu sama lain kerna niat yang satu,kerana Allah swt :) Aku harap, si dia juga mempunyai harapan yang sama, hanya Allah swt sahaja yang menentukan segalanya.KepadaNya aku berdoa dan bertawakal .. Sesungguhnya keredhaanMu jua yang amat penting untuk segalanya.. :)




Ahad, 13 Oktober 2013

Cita-Cita dan Impian

UNIVERSITI AL AZHAR




Assalamualaikum ! Kali ni aku nak cerita tentang cita-cita dan impian aku..korang mesti tertanya tanya apa knapa dengan Al Azhar dengan topik ni? Wei ! Ada kaitanlah ! Sebab aku memang nak sambung belajar kat sana ! Okay, korang mesti tak percaya sebab korang tengok aku ni tak nampak ciri2 yang cenderung dan alim sangat dalam bab2 agama tapi sememangnya, ilmu tasawwur dan hukum hakam perundangan Islam yang menjadi minat dan kegilaan aku..Aku minat sangat tentang agamaku, agama Islam..Dan cita-cita aku pun nak jadi peguam syariah suatu hari nanti insyaAllah :)

Kenapa Al-Azhar?Bukankah banyak lagi universiti islam lain kat Malaysia?




Aku pilih nak belajar kat universiti tu pasal suasana dia..Universiti tu terletak di Cairo, Mesir..Suasana kehidupan Islam yang sebenar ada kat situ..Bila kita pergi sana, insyaAllah kita akan menghayati cara hidup Islam 100%..Aku suka sangat,memang cita2 aku nak dekatkan diri dengan Allah dan menjadi muslimah sejati..Itulah cita2 paling besar dalam hidup aku..Dan aku percaya, kalau aku pergi sana InsyaAllah cita2ku pasti tercapai jua..Ada seorang ustaz pun ada cakap macamtu..Dia galakkan pergi sana walaupun banyak universiti Islam lain yang ada kat Malaysia kerana suasa Islam dia yang sebenar :)


IMAM AS SYAFIE

Antara sebab aku teringin sangat nak belajar kat sana kerana Imam tersohor Imam Syafie..Dialah idola aku dan aku amat menyanjungi beliau..perjuangannya dalam menegakkan akidah, ketabahannya untuk menegakkan fatwa berdasarkan Al-Quran dan Hadis, kepintaranya berdebat dengan orang kafir tentang akidah Islam, kewarakkannya..Dan banyak lagi sifat mulia ada pada diri beliau..Imam Syafie dahulu semasa zaman kegemilangannya menetap di Mesir! Sebab tuu aku nak pergi sana..aku dapat merasakan bila aku menuntut ilmu kat sana aku nerjuang menuntut ilmu sama sepeti Imam Syafie dulu..Ya Allah, indahnya perasaan tu..Mudah-mudahan Alah swt mengizinkan aku berpijak di bumi Mesir untuk menuntut ilmu.. InsyaAllah..Aamiin :D






Okay sebagai penutup aku akan share biodata Imam as Syafie :)



  • Muhammad bin Idris al-Syafii, juga dikenali sebagai Imam Syafii (ejaan lain: Imam Syafie) adalah ahli fiqah Islam yang terkemuka dalam sejarah Islam. Beliau adalah pengasas kepada mazhab Syafii, salah satu daripada mazhab Islam yang banyak diikuti oleh penganut agama Islam di India, Indonesia dan Malaysia.

  •  Riwayat hidup

    Imam Syafie dibesarkan di Hijaz, tanah asal Ahli Sunah Waljamaah. Pada awalnya, beliau berpegang kepada ajaran Imam Malik sebelum berhijrah ke Iraq dan di sana beliau didedahkan kepada pentaakulan logik Islam yang diamalkan oleh ahli fiqah Iraq. Setelah itu, Imam Syafii berhijrah ke Mesir di mana beliau memperkenalkan pemikiran, sistem pentaakulan dan ajaran beliau yang pada hari ini dikenali sebagai mazhab Syafie. Pengajian beliau dalam ilmu fiqah terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat permulaan ialah ketika beliau di Makkah dan Madinah, Hijjaz. Setelah dilatih untuk menjadi ahli fiqah yang mengutamakan Sunnah nabi, beliau dihantar ke Iraq. Di Iraqlah bermula peringkat kedua pengajian beliau, dengan mendapat pendidikan mengenai pentaakulan dalam menentukan syaria Islam. Peringkat terakhir adalah ketika beliau di Mesir dan pengasasan mazhab Syafii.
    Imam Syafii dilahirkan sama ada di Gaza, Palestin atau di sebuah pekan kecil berdekatan dengan Asqalan atau Askelon di Turki atau Syria (Asqalan ketika zaman itu merupakan sebahagian daripada Syria). Selepas kemangkatan bapa beliau, keluarganya berhijrah ke Palestin bersama-sama dengan Bani Yaman, yang merupakan satu keturunan ibu beliau. Ketika berumur 10 tahun, beliau berhijrah sekali lagi ke Makkah. Imam Syafii mula mempelajari al-Quran ketika berumur tujuh tahun dan mula mempelajari dan mengingati kitab al-Muwatta' karangan Imam Malik pada umur 10 tahun. Ketika berumur 15 tahun, beliau diberi pengiiktirafan untuk mengajukan pendapat beliau di dalam bidang fiqah.
    Bapa beliau berasal daripada bani Quraisy, dan nenek moyang Imam Syafii adalah al-Mutallib adalah bapa saudara Nabi Muhammad. Bani Quriasy merupakan penyokong Nabi Muhammad S.A.W setelah Perang Badar. Sejarah keturunan beliau memberikan beliau martabat dan mungkin juga menjadi sumber inspirasi untuk beliau mempertahankan ajaran Sunah.
    Membesar di kalangan puak Badwi, Imam Syafii kemudiannya kembali ke Makkah dan memulakan pengajian syaria beliau dengan Muslim bin Khalid al-Zanji, Mufti Mekah ketika itu, Sufian bin Uyaina, dan lain-lain lagi. Walaupun telah diiktiraf untuk menjadi hakim, beliau membuat keputusan untuk meneruskan pengajian dengan Imam Malik. Imam Syafii meinggalkan Mekah ke Madiah untuk bertemu dengan Imam Malik, dan umur beliau ketika itu ialah 22 tahun.













Minat

AARON AZIZ




Assalamualaikum and hye u alls ! XD ..Acono cuti hari raya korban?Mesti bestkan? Hee~ aku cuti raya korban tak pergi mana2 pun..Just duduk rumah, goyang kaki, ahack2..Hahahaha XD ..Okay hari ni aku nak share tentang artis yang aku minat..Kfine aku nak share sebab ini first time aku minat artis..Haha poyo to the max..Watever haha cuba tengok gambar tuu..Hensemkan pakwe aku tuu? Haha aku minat gilalah Aaron Aziz ni buat masa sekarang..Tak taw sampai bila tapi memang aku minat !




Aku mula minat dia masa aku tengok KL Gangster 2 kat wayang..Masa aku tengok dekat youtube tak minat lagi pun pasal mungkin screen kecik, tak dapat menghayati muka dia yang hensem tuu..haha..Bila aku tengok kat wayang, screen besar, terserlah kehenseman dia woo..Dengan body dia taf..Aku memang minat balak body taf ni sejak aku berkenalan dengan jejaka si pencuri hati..Haha ayat berkias kias pulak..Booo poyo bak kata Lina kawan aku..haha wateva ! 






Dia jugak join club bar-risan..Club apa tu?Club ni untuk calisthenics workout atau dikenali "street workout" club ni banyak menekankan tentang kekuatan tangan..Siapa yang nak angkat badan sebelah tangan,better join club ni ! Aku kenal club ni pun pasal Bai yang cakap dekat aku..Bai ni memang suka sangat bab2 workout ni..Dia punya body pun memang taf jgk cuma dia keding k tu jew..Hahahaha XD Aku tak sangka aku boleh dapat budak taf..Tak terfikir langsung di detik hati..Bhahaha..Tapi dah dapat, alhamdulillah jelah mampu diucapkan..Bukan senang nak dapat woo..Haha werkk :P


Okay itu saja untuk kali ini..Hee~ tata *kenyit mata*











My Favourite Song

DEALOVA



Okay aku nak share lirik lagu yang paling aku suka..Why aku suka lagu? Haha ! Adalah sebab dia..Lirik lagu ni sungguh mendalam, sama dengan isi hati aku dekat dia..Baihaqy! Kalau awak baca tolong hayati lagu ni! Ini isi hati saya kat awak syg :*Haha takmau merewang dah..Okay kita layan..

 

DEALOVA - ONCE


Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

reff:
Kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada

Hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi

repeat reff [2x]

Selalu ada, kau selalu ada
Selalu ada, kau selalu ada
 



Okay,yang kat atas ni memang lagu dia..Cuba dengar..Best sangat lagu dia..enjoy ~ *kenyit mata*

 

Rokok

Ada apa dengan rokok? 

Okay.. Mesti korang tertanya tanya kenapa aku yang comel lagi cute ni tulis pasal rokok *uhucks ..Hik hok hik hok..hoho mulalah dh kegilaan aku..okay kita sambung topik tadi..Macam ni aku baru dapat info yang nian menarik tentang rokok *tatabahasa fail habes..





Sungguh sadis sekali gambar rokok kat atas ni..huh ! Info yang aku nak bagitau dekat korang ni bukan info yang poster2 kat hospital tuu..Haa ni yang menarik punya..Untuk pengetahuan you alls *sejak bila perkataan "all" boleh ada "s" ? Okay abaikan.. Info pasal rokok ni baru aku dapat tahu tadi..Cikgu tusyen aku bgitau..Macam ni ceritanya..Jeng..Jeng..Jeng...

  • ------> Rokok menyebabkan kita TIDAK boleh T-I-N-G-G-I faham dok! <-------

Tadi aku update status ni dekat Facebook..Ramai yang agak tergugat dengan status aku tuu terutamanya kaum adam!Ada yang tanya yekewwww?Panjang bebeno harkat w dia..Ada yang kata cikgu aku tuu gebang!walawei..Tak mungkin! Okay ni keterangannyew..sori aku tak translate..Pandai2lah korang google translatekan..haha xD



ADULT HEIGHT IN BOYS


A study funded by the Canadian Cancer Society determined that smoking stunts height and BMI in boys. BMI, or body mass index, measures body fat based upon height and weight. Boys who smoked 10 cigarettes a day between the ages of 12 and 17 grew about 1 inch shorter than nonsmoking boys. Smoking's effect on BMI and height means that a boy who smokes as a teenager will have a significantly smaller adult stature than his non-smoking piers.

Itu antara statement yang dikeluarkankan oleh Canadian Cancer Society..Jadi ada bukti dari sumber yang kukuh bahawa rokok menyebabkan seseorang tak boleh tinggi..hee~ XD






Rokok Haram di sisi Islam

Sebenarnya rokok ni haram di sisi Islam..Buktinya ramai ulama yang telah mengeluarkan fatwa bahawa rokok tu haram..Semamangnya bagi aku memang patut rokok diharamkan, sebab rokok mendatangkan 1001 keburukkan kepada si pengguna.. Jadi renung2kanlah.. :)













Cerita Diriku

The Man Who Stole My Heart


Assalamualaikum..Hye korang ! Dah lama Fara tak update blog..Maklumlah bz sikit pasal amik ujian tak guna PMR :) 

Hari ni Fara nak cerita tentang somebody special dalam hidup..Haha okay skema gila gelarkan diri dengan nama..Fara gelarkan diri dengan "AKU" k? baru rasa friendly. Okay aku excited ni nak cerita..hehehe XD



Dialah insan yang berjaya curi hati aku tuu..Nama dia Muhamad Al Baihaqy Bin Khalilullah. Sedapkan nama dia? Nama dia sama dengan nama perawi hadis..seorang perawi hadis yang sangat baik akhlaknya..Begitu juga dengan dia..Alhamdulillah dia memang seorang yang baik..penyabar orangnya.. :) Dia tinggal satu daerah dengan aku tapi lain sekolah..Dia sekolah dekat SMKDB

 Okay..Aku kenal dengan dia kat Facebook.. CINTA MUKA BUKU laa ni..Haha..Masa tu aku tengah sedih aku clash dengan Aiman..Walaupun dah hampir setengah tahun aku clash dengan dia tapi aku still sedih..Tapi dia mucul..Dia umpama cahaya,datang menyinari hidup,mengukir senyuman di wajahku,menjagaku seikhlas hati..Aku sayang sangat dia..Ya aku mengaku aku pernah sayang sangat kat ex aq tuu tapi percayalah aku lebih sayangkan dia 1000x lebih..Tak terbayang macam mana aku sayang dia..

Walaupun banyak dah kita lalui bersama,aku selalu sakitkan hati dia dan sebagainya,alhamdulillah aku masih kekal dengan dia..aku yakin,dialah jodohku,bakal imamku :) Kawan2 aku pun cakap yang diorang yakin yang dia memang jodoh aku..Insyaallah..Mudah-mudahan..Percayalah, demi Allah aku memang sayang sangat dekat dia..Tiap2 hari aku berdoa biarlah dia yang jadi jodoh aku..Aku harap Allah swt memakbulkan doa aku.

Dia peramah,baik hati,lawak orangnya,caring,penyayang dn sebagainya..Banyak sangat perkara baik pasal dia...Dia layan aku macam aku ratu dia..aku bahagia sangat,knapa? Sebab takdak orang yang pernah layan aku sebaik ni..Dialah kekasih,dialah sahabat,dialah abang,dialah semuanya..Pendengar setia,selalu tolong aku uruskan emosi aku..Ya Allah..Tak terucap syukur kepadaMU...Kau kurniakan anugerah yang paling istimewa tak terkata..Dan ku mohon,kau kekalkanlah anugerah ini menjdai milikku sampai akhir masa..

Dia ni satu je aku geram sikit..Dia susah nak keluar dengan aku..Aku tak tahu kenapa..Aku hanya nak ajak dia keluar dan makan sama2 and borak2..Sebab bila borak2 f2f rasa best sangat..Harituu aku ajak dia keluar,tapi dia tolak..aku agak tertekanlah jugak masa tuu sebab memang impian aku berbulan bulan lamanya nak keluar dengan dia..Tiap2 hari berangan kot apa yang aku sembang dengan dia bila aku keluar dengan dia..Sampai perkara nilah yang membuatkan semangat aku berkobar kobar nak buat PMR betul2 sebab aku sangka lepas PMR boleh jumpa dia..Tapi?hmm takpelah aku hormat keputusan dia :)





Aku suka tengok senyuman dia?Cuba tengok senyuman dia?Maniskan :) senyuman tulah yang buat aku suka dekat dia..Senyuman tulah membuatkan aku 101% jatuh cinta kat dia..Aku ingat lagi masa first date..Senyuman tulah yang sambut aku..Serious senyuman tuu buat aku rasa cam angau sebulan..Hahaha..Senyuman tu jugak bagi aku rasa macam nak penampar je dia pasal suka usik aku masa aku study kat library..Haha..aku bahagia sangat dapat tengok senyuman dia..pasal tu kalau boleh memang aku nak sangat selalu jumpa dia..Boleh tengok senyuman tuu..Tenang sangat hati :)

Hubungan kitaorang dah nak setengah tahun dah..Alhamdulillah Allah swt masih kekalkan hubungan kami dan harap ia kekal sehingga lafaz akad dan nikah dilafazkan oleh dia.. Dan biarlah sampai bila2 hingga di jannatun Makwa :) Inshaa Allah..Genap 18/10/2013 kami dah 6 bulan bersama :)

Siapa sebelah dia?Nme dia Zulaikha..Comelkan dia?Dia kawan Baihaqy...dia baik sangat dengan aku..Alhamdulillah aku bahagia sangat semua kawan dia baik dengan aku..Tak mcm ex aku dulu..Dia marah kalau kawan dia tahu yang kitaorang ada hubungan..Rasa macam down sangat bila dia buat macamtuu..Tapi Bai tak, semua kawan dia tahu,semua kawan dia layan baik sangat dengan aku..Aku rasa happy dan dihargai sangat XD

Okay..Tu je untuk post hari ni..Hahaha *kenyit mata* I love you :*