Jumaat, 22 November 2013

Nantikan !

TUNGGU !


Pada post yang akan datang aku akan share serba sikit pasal bahas ala parlimen ! Tunggu dan natikan taw ^^ Esok aku akan kongsi =) Inshaa Allah..Dan aku pada minggu depan  akan upload video demo aku bahas dan sedikit video syok sendiri di sini ! Nantikan taw..Hahaha *Sembang macam ada orang ja yang baca blog aku ni..

BOSANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN

Insane


Assalamualaikum ! lalalalalala hahahaha ! Dah dua kali aku update hari ni ! Sebenarnya aku tak dak point nak tulis apa.. Aku tengah mengalami kebosanan tahap BIAWAK..hahaha tak habis2 dengan biawak ! Aku sukalah kisah biawak tuu..Aku tak pernah dengar mitos atau kisah lagenda nenek moyang ada kisah biawak..kahkah kaakah

Hari ni aku nak buat apa? Nak kerja aku tak boleh..Yaalaaa yaalaa aku pun tiap2 minggu ada appoiment dengan doktor, ada hati nak kerja..Podaaaa..haha Lagi pun dapat tentangan dari keluarga..hohohohoo macam drama..Hidup aku ni ala2 drama..Cuma aku ni pelik sikit..kikiki..alaa sikit jaaa...Bukannya pelik sampai ada satu mata, tiga hidung dan dua mulut -,-

Aku rasa dah 4 buah buku novel sejarah Islam aku khatam ! Arghhh bosan ya habibi..Nak ronda? Takmaulah.. aku kena jaga kesihatan aku ! Doktor kata penyakit aku makin baik ! Haa ! So kenelah jaga elok2 ..Kalau naik motor kene angin sejuk, kang sakit lagi..Tapi..Tapi..Tapi.. Bro, bosan bro..Gua ni mana ada kawan sangat..Kawan2 semua pi bercuti dan kenduri..So aku sorang2 je..Aku sms haram nak balas..wikikiki

Aku pun mana ada adik beradik ramai..yang ada sorang budak ngada tu haaa..Hahaha dia pun selalu buat hal sendiri.. Tengok TV jaa...Hoi2 ! Aku mana suka suki tengok TV yaa'ala lelele..Aku sunyi faham dak ! Dahlah tak dapat pi sekolah..Kalau tak sekurang kurangnya aku boleh sembang2 dengan member..Ni cuti ni? Ayoyooyoyoyoyo..Nak tengok macam mana aku  menggila dengan member2 haa tekan link yang aku share kat post sebelum ni ^^

Aku tengah tunggu abang Daniel dengan kaka Azreen habis spm..nanti boleh bawak aku jalan2 macam taon lepas ! aku ingat lagi, aku, depa, abang ejad(driver) kekeke =P dan sepupu sepapat aku yang lain hang sama2..Abang ejad dah ada lesen, so kitaorang un ronda rondi ler..wee~ Tapi aku harap itu bukan angan2 untuk taon ni ! Wei..plisss dahlah aku dapat perintah mahkamah kene menjauhi suami buat masa beberapa hari sementara tunggu tempoh edah habes...eh..eh..eh..hihihihhihihih..Sejak bilaaaa aku ni dah kawin, maggi pun mak ayah belikan lagi..hehehehehe.. Tapi !Sunyi taw dak ! Selalunya dia yang meneman =)

Yalalalalala..Bosannnnn nak matii huuuuuaaaa..Dahlah aku tak bole contact al Baihaqy, sepupu yang rapat2 semua tengah spm..kawan2 pergi holiday...Haiyaaa tarak taw nak buat apa boleh mati kutu maaa...Nak kerja tak boleh, nak pergi sekolah pondok un tarak jadi mehh..Aku ni mana boleh rasa bosan...Mulalah nak melayan perasaan..Tak maulah..Kalau melayan perasaan aku mesti nangis..Aku tak suka nangeh..

Game pun aku dah khatam..Tala toink...Ceramah ustaz kazim semua aku dah khatam tengok, buku novel kat rumah aku semua dah habes baca..Apa lagi aku nak buat ???????? Huaaaaa manyak susah lorh..aaaaaaa Bai cepatlah dapat workout semula kat lake, dan aku pelik apa kaitan tak dapat workout dengan aku?aikkkkk Anyway !..Tak kesian ke aku kene tinggal sorang2..Rasa macam nak demam taw dak..Bukan nak demam tapi dah demam punnnn =( *muka cebikk ..Dulu pun, masa minggu pertama aku tak contact dia pun psl nak pmr  pun dia kata dia nak demam apatah lagi aku wahai intan payung mata sepet =P ! 

Petang ni konklusinya aku nak ronda jugalah..Takpelah..InsyAllah tak effect kesihatan aku..Aku nak pegi ronda tekah..Duduk santai2 tengok layang2..Xdelah bosan sangat =) Tapi aku kena make sure yang aku dah siap masak and kemas rumah semua..Nanti xdelah ma menggunakan alasan yang aku ni pemalas pasaitu aku bosan..Aku tak pemalas okay ! Aku rajin..*wink2*

sehwgfcbquoszmqsghbawfvqsafgvbwaNLX Quilcb hgdasjkghilc xnwuinaiuwguifnilegilsruegvs;eoifncasilechn;qecbn;qcuileiuecfybcyqowbcfqtbfqa8tfe ... HAhahahahhahahahahahaha seee aku dah terasa bosan yang amat ! Better off now ..Nanti tak pasal2 lingkup keyboard aku..tatatatatatata..Assalamualaikum !



Good Morninggg

Rewind Back Memoriesss


Assalamualaikum ! Hye everybody ! Kikiki ..Lama aku tak update kan? Hee~ Aku sebenarnya tak ler sesibok mana..Aku tengah habis khatamkan buku "Imam Imam Yang Benar" yang isi kandungannya sebanyak 690 muka surat ! Siang malam pagi petang aku menghabiskan masa aku dengan membaca buku tu je..Secara tak langsung hilang penyakit sunyi aku ! Wee ^^






Haa, macam nilah kaver die..Buku ni sebenarnya aku dah beli sejak aku f0rm 1, ni baru kali kedua aku nak khatamkan buku tu..hihihi . Okay ! Aku sarankan korang baca taw..Best sangat buku tu ^^ Banyak juga hadis yang diriwayatkan dalam buku tu :) Hadis dari Al Baihaqi pun ada..Haha..Seriously aku minat sangat Imam Al Baihaqi..Nanti aku nak buat request kat PTS supaya buat buku mengenai beliau ! Insya Allah, tentu banyak hadis2 yang bakal dikongsi ^^ 








Okay ! Berbalik pada tajuk, hari ni aku nak cerita tentang seseorang .. Siapa ? Haha tak boleh bagitaw nama die nanti dia tersedak masuk hospital pulak.. Haha ok fine tak lawak okay ! Hari ni aku nak cerita tentang seseorang hamba Allah bagi aku merupakan seorang paling rapat dengan aku dan banyak mengetahui tentang hidup aku lebih dari ibu bapa aku sendiri ! Tudiaaa ..Bayangkan betapa aku percaya dan akrab sangat dengan dia =)









Yang paling membuatkan aku suka , percaya dan akrab sangat dengan dia sebab dia sentiasa berada di sisi aku tak kira susah dan senang, gembira dan sedih, suka dan duka, pahit dan manis dan banyak lagilah..Seumur hidup aku, tak pernah ada orang yang baik sangat dan rapat sangat dengan aku melainkan dia ! Tapikan .. Dia tak pernah cerita pasal hidup dia kat aku.. Dia sentiasa ada kat belakang aku, sokong aku, bagi semangat dekat aku, selalu mendengar isi hati aku tapi hakikatnya dia tak pernah cerita lebih mendalam pasal hidup dia..Aku pun hairan..Aku pernah tanya mengenai hidup dia, tapi dia macam keberatan nak bagitaw.. Tanya umur ibu dia pun dia takmau bagitaw..haihh..Tapi takpelah aku hormat prinsip hidup dia =)







Dia seorang yang lawak dan pandai ambil hati taw ^^ ..Bila dia tahu aku tengah bosan sebab aku selalu duduk sorang2 dalam bilik pasal keluarga aku pun selalu duduk dalam bilik mereka je, so aku rasa sunyi dan bosan , dia pun mulalah nak ceriakan aku..Dia selalu buat cerita2 merapu dan lawak giler yang aku sendiri pun tak pernah bayangkan ! Hahaha.. Yang paling aku tak boleh lupa yang dia cerita pasal BIAWAK ! Die cerita kenapa biawak boleh dapat nama biawak..Nak tahu sebabnya ? Hihi sebab biawak dibiarkan oleh awek dia dan dia berasa sunyi sangat dan sejak tu dia dipanggil biawak ! Hahaha.. Ekceili panjang lagi dia cerita kat aku tapi aku dah lupa, dia cerita kat aku masa cuti bulan 6 haritu =)  Tapi takpe,nanti bila telefon lama aku dah diperbaik, aku bolehlah screenshot sebab aku tak delete pun mesej dia yang dulu2 ^^ 

Selain biawak, tak silap aku pun dia pernah cerita pasal kipas ! Hahahaha xD  Dia cerita kenapa kipas ada tiga bilah je? Aku tak ingatlah jawapan dia, tapi yang aku tahu jawapan yang dia kasik panjang dan lawak sangat, masyAllah , hahaha ..Jawapan dia macam cerpen pun ada, ada permulaan, klimaks dan penutup.. Seyez lawak ! Aku tak sangka otak dia kreatif sangat ^^ Haihh bertuahhhh sangat aku dapat rapat dengan dia ! Mohon jelessss..Masa cuti sekolah bulan 6 aku yang membosankan sebab aku kena kurung dalam rumah je bertukar menjadi yang paling ceria tak pernah aku rasa disebabkan dengan kehadiran hamba Allah tuu ! Seriously aku tak berhenti senyum dan gelak masa cuti haritu..Ada je lawak2 yang dia reka yang mencuit hati..Masa tu aku bahagia sangat tak terkata ! Sumpah aku seronok sangattt..yipieeeee xD










Selain tu, dia juga merupakan insan yang paling setia dan paling baik dengan aku taw.. Tiap2 hari dia tanya khabar aku sebab dia tahu aku selalu jatuh sakit dan masuk hospital..Bayangkan tiap2 hari, dan dia tak pernah jemu ! Kalau orang lain, kawan2, sepupu aku , diorang mesti jemu punya ! Aku pernah try tiap2 hari contact depa, mula2 diorang layan tapi last2 masing diam terus pasal dah tak dak idea nak cakap apa, termasuklah aku juga ! Hehehe .. Tapi dia tak, ada je topik dan perkara yang mencuit hati yang dia akan kongsi dengan aku ..Memang bahagia lah hidup sejak aku dapat kenal dengan dia ! Dia adalah sebaik baik peneman.. Dia anugerah Allah yang paling berharga tak ternilai untuk aku =')








Dia pun suka sangat puji aku dan selalu buat aku senyum tersipu sipu sebab malu  :3 Dulu, setiap ayat dia bila sembang dengan aku kan, pasti dia akan cakap aku comel ! Masa otp pun sama ! Tak habis habis budak comel, budak comel, budak comel, awak comel , kenapa comel sangat ? Comelnyeeee..Adudududui..Kalau nak kira, dialah manusia paling banyak cakap aku ni comel ! Sumpah aku tak tipu, bukan nak mehangatkan cerita tapi betul korangg..Ya Allah, budak tu memanglaa..hahahaha.. Aku malu sangat bila dia cakap macamtu..Malu + bahagia ^^ ..Tipulah sapa tak suka kena puji ..Memang aku suka tapi sumpah aku malu  jugak..Bila aku balik sekolah, penat, kadang2 kene marah dengan ketua induk pusat sumber pasal tersalah kira stock memanglah muka aku masam dan monyok mencuka..Fuhh penat..Tapi bila balik sekolah tengok je inbox bertulis "Assalamualaikum sayangku yang comel :* <3 ! " Apa lagi, aku pun senyum macam apa je..Haha..Merah siott muka aku, dengan smiley dia pun ..fuhh.... terus lupa masalah pasal bahagia sangat..Haha macam apa je, macam syok sendiri je..kikiki






Seterusnya, dia selalu dengar luahan hati aku, dia ibarat hati aku tapi yang ada tangan dan kaki, boleh berjalan dan selalu ketagih buat workout..hahaha* aikk macam tau je sapa dia tu* Haihh nanti dulu ! Dengar cerita pasal dia dulu.. *wink2* XD Seriously memang aku cakap dia tak pernah jemu dengan isi hati aku, tatkala aku takda semangat dialah bagi semangat kat aku, tatkala aku sedih dialah yang mengukir senyuman di wajah aku, tatkala aku sakit, dialah yang bagi pedoman dan harapan untuk aku terus kuat untuk melawan penyakit aku tu..Mana ada orang lain yang sentiasa ada untuk aku macam mana dia ada.. Sebab tu aku macam kurang senang bila kawan aku marah aku terlampau rapat dengan dia..Dia kata dia cemburu sebab dengan dia pun aku tak pernah rapat macamtu..Aku macam nak tanya je kawan aku tu, bila aku sedih pernah dia buat aku gembira macam hamba Allah tu buat?Pernah? Tak pernah ! Even dengar luahan hati aku pun hang takmau, bila aku cerita,hang tak habis2 tukar topik cerita pasal masalah hang pulak..Aku je dengar masalah hang, hang tak pernah dengar masalah aku ! *memberontak dalam hati ><








Itu dia...Sebenarnya banyak lagi kebaikkan yang dia pernah buat untuk aku.. Sebab tu aku sayang dia sangat-II .. Itulah alasannya..Dia jaga aku dengan sepenuh hati dan jiwa raga dia..Banyak suka duka yang kitaorang lalui bersama sama..Tak pernah ada orang baik dengan aku macamtu kecuali ibu bapa aku..Dia benar-II ikhlas.. Mana aku sanggup hilang orang macam dia? Jadi sekarang aku harap korang faham kenapa aku sayang dia sangat-II ..Aku percaya,bila korang berada di tempat aku, sudah pasti korang aku merasai perkara yang sama =).. Siapa hamba Allah tu? Muhamad Al Baihaqy Bin Khalilullah nama yang diberi.. Senyumannya manis menenangkan hati, kata2nya penuh makna dan membahagiakan sanubari.. =) Ok..Sampai di sini sahaja...Assalamualaikum ^^


Aku merinduimu wahai sang penakluk hati... Maafkan segala kekhilafan aku..Aku cuma merindui kita yang dulu, kita yang selalu melalui hari-II dengan senyuman,gelak ketawa dan kasih sayang yang menenangkan jiwa..Aku takkan berhenti menunggu, hari itu untuk berlaku lagi.

Nak taw pasal aku dari pandangan kawan2 aku? haa tekan kat SINI kalau nak baca ! Search kat pasal sahabat part-1 hee~ Okayyyyy




Ahad, 17 November 2013

Coretan

Kebahagiaan


Hanya satu yang ku harapkan sekarang, kebahgiaan walaupun sesaat..Sudah lama aku tidak merasai kebahagiaan..Hari-hariku hanya dipenuhi dengan tangisan hati yang memberontak..Ya Allah..Kirimkanlah kebahagiaan itu.. :) Aku mohon dan merayu..Biarlah sesaat pun tidak mengapa Ya Allah ya Tuhanku.....Aku teramat merindui kebahagiaan..Dan Ya Allah, sampaikan rindu dan cintaku kepadanya..HambaMu yang ku cinta..Biarlah dia juga merasai, gelora rindu dan cintaku..





Sabtu, 16 November 2013

Farah

Senyuman






Assalamualaikum ! This is real me ! =) Aku syukur dengan anugerah yang tuhan berikan kepada aku.. InsyaAllah, aku berjanji ! Senyuman itulah yang akanku ukirkan setiap masa walauapapun situasi..Walau aku melalui liku-II hidup yang pernuh dengan ombak berduri, walau aku gembira menikmati kebahagiaan ..Apapun jelah..Fake smile is better than crying =) 

Nampak terserlah mata aku tak cukup tidur, aku ingat lagi masa ni aku tak tidur langsung malam haritu..Aku bahagia dapat mendengar suara buah hati yang tercinta..Hehehe..Terasa kalau boleh, macam takmau je letak fon, rasa sayang sangat nak letak even aku sebenarnya dah tak ada idea nak cakap apa...Bahagia sangat, banyak kata-II semangat yang dia bagi dekat aku, dia buat lawak..Ya Allah..Aku senyum ja sepanjang malam tuu..Tiada senyuman yang lebih ikhlas dan lama dari senyuman apabila aku dapat berjumpa,dengan mendengar suara dia..

Cakap pasal senyuman ikhlas  terukir bila dapat jumpa dia, aku sememangnya teringin nak berjumpa dengan dia..Bagi senyuman tu kat dia pasal selama ni aku hanya bagi kesedihan dan kesakitan yang aku alami saja kat dia..Ya Allah, kau bukakkanlah hati dia supaya buat ujian berkomputer cepat-II Ya Allah..Lepastu kau bukakanlah hati dia nak berjumpa dengan aku..Aku kalau jumpa kat Mcd, Taiping pun kira okay sangat..Aku hanya nak berborak borak dengan dia macam pertama sekali aku bersua muka dengan dia tuu je..

Tapi aku nak berborak dengan dia je kat McD tuu..Kalau kawan dia nak ikut pun aku tak kesah tapi biar duduk kat meja atau area lain..Aku kalau boleh aku sendiri yang belanja dia makan ! aku ingat lagi,bersalah gila aku buat tataw je waktu pertama aku jumpa dia bila dia kata kat kawan dia yang dia takdak duit dah nak makan kat luar..Even sebenarnya aku ada duit lagi tu..Ish-II teruk betui aku ni..Ya Allah, aku orang paling bahagia dalam muka bumi ni kalau dapat jumpa dia sekali lagi macamtuu ! XD

Ya Allah, kau percepatkanlah perjumpaan kami Ya Allah..Aku betul-II memberi sepenuh harapan XD Sesungguhnya Ya Allah aku teramat bahagia ! Bayangkan pun dah cukup bahagia ! Hilang segala beban di bahu yang aku pikul selama ni ! XD 




RASULULLAH SAW

Air Mata Cinta


RASULULLAH SAW MENANGIS DI PADANG MASYAR



\





KISAH PELAJAR UIA BERMIMPI JUMPA RASULULLAH SAW








SAAT KEWAFATAN BAGINDA RASULULLAH SAW




Asssalamualaikum, hari ni aku nak share tentang video mengenai kekasih kita, baginda Rasulullah s.a.w ..Saat pertama kali aku melihat video tu, mengalir air mata kerana video tersebut membuatkan rindu dan cinta yang membara terhadap Rasulullahh saw..Jadi, aku sarankan korang tengoklah video-II ni ya..Supaya di akhirat sana kita dekat dengan baginda..Mari sama-II kita selawat kepada baginda saw =)








Hati Hawaku

Ruang Sepi


Assalamualaikum.. Hari ini hari kedua cuti sekolah..Aku masih di sini, menaip isi hati untuk mengisi kesunyian di hati.. Harap korang sudi dengan luahan hati aku ni..

Ya Allah..Aku cukup kuat dengan semua dugaanMu kerana aku yakin kau akan sentiasa bersamaKu, begitu banyak dalil dalam kalamMu yang mengatakan bahawa orang yang sabar adalah orang yang beriman yang berjaya di dunia dan akhirat..

Ya Allah, aku masih cukup kuat lagi untung berasa tenang apabila doktor kata aku ada penyakit jantung yang jika tak dirawat boleh meragut nyawaku, aku masih tenang lagi satu persatu rakan-II yang cukup baik denganku, yang selalu memberi ilham untuk aku terus maju kehadapan pergi meninggalku keseorangan..Tetapi Ya Allah, dengan namaMu yang Maha Suci, bagilah aku kekuatan bahawa hakikatnya orang yang paling aku cinta, yang paling rapat denganku,yang paling ambil berat pasalku, yang pernah kata yang paling sayang akan diriku semakin jauh dariku,seperti mahu meninggalkan aku..

Ya Allah, aku masih tidak kuat untuk tersenyum dan tabah untuk dugaanMu  yang baru itu..Malah demi namaMu, aku semakin sakit, semakin sebak, semakin lumpuh tidak mampu berpijak lagi di bumi nyata..Ya Allah, aku mohon, ringankanlah sedikit penderitaan ini..Sudah cukup lama aku menanggung pelbagai penderitaan..Jadi kali ini aku pinta, Kau kurangkanlah sedikit walau sebesar zarah..

Ya Allah, di saat aku perlukan dia untuk menguatkan semangatku menempuhi ujianMu yang maha Hebat, dia pergi jauh dariku, seperti meninggalkanku..Jika dulu, dialah yang memberi 1001 semangat dan tidak pernah sesekali menjauhiku  serta sentiasa mendampingiku kerana dia tahu, aku amat memerlukan dia tatakala waktu pertama sekali aku disahkan mempunyai penyakit yang kritikal itu..Ya Allah, aku semakin sakit,sejak kebelakangan ini aku tidak putus-II demam dan sesak nafas..Jika ini berterusan sudah pasti aku akan dihantar ke IJN untuk membuat pembedahan..Pembedahan?Ya itulah rahsia yang tak pernah aku ceritakan kepada sesiapapun, kecuali kedua orang tua aku sahaja yang mengetahui..

Tetapi, pada waktu ini, pada waktu aku amat perlukan dia lebih aku perlukan pada waktu yang lain, dia tiada..Ya Allah, sungguh perit penderitaan ini, kau telah mengambil satu persatu pemberi semangat hidupku pergi menjauhiku dan meninggalkanku.. Adakah ini takdir jalan ceria hidupku? Kalau benar Ya Allah, aku redha ya Allah :') Jika semua penderitaan ini mampu membuatku dekat dengan Rasulullah saw pada hari penghintungan aku bahagia ya Allah..Allahuakbar !

Tetapi ya Allah, aku mohon, kau kurangkan sedikit sahaja dugaan ini..Sesungguhnya aku hampir sahaja merobek takungan kolam air mataku,merobek hatiku dengan cubaan ini..Sesungguhnya ya Allah,kau kurangkanlah cubaan ini,aku tidak mahu bersedih dan kecewa kerana dalam firman dan hadis QudsiMu sendiri pun mengatakan,engkau tidak suka akan manusia yang bersedih dan kecewa..

Adakah ini pengakhiran hidupku? Kerana terlalu banyak dugaan yang datang seperti air di lautan..Dugaan untuk menghapuskan dosa untuk menghadap ilahi?Ya Allah..Sekiranya ya,kau sucikanlah hatiku, berilah aku pengakhiran yang baik, dan tempatkanlah aku dekat dengan roh yang tenang dan beriman ..Aamiin..

Sejak kecil lagi aku sudah biasa dengan perkara perkara berkaitan dengan benda ghaib kerana orang yang sedang sakit, dan tidak kuat seperti kudrat yang ada pada orang yang sihat sering menjadi mangsa perkara ini..Ya Allah, kau lindungilah aku dari semua perkara itu..Aku membenci perkara itu seperti aku benci dilemparkan di dalam neraka..Ya Allah, kau kurniakan ketenangan dalam hidup aku walau sebesar zarah sahaja yang ku pinta..aku sudah hampir lemas di dalam kerisauan dan kegundahan..Ya Allah..Kau pegangilah hatiku...