Jumaat, 22 November 2013

Good Morninggg

Rewind Back Memoriesss


Assalamualaikum ! Hye everybody ! Kikiki ..Lama aku tak update kan? Hee~ Aku sebenarnya tak ler sesibok mana..Aku tengah habis khatamkan buku "Imam Imam Yang Benar" yang isi kandungannya sebanyak 690 muka surat ! Siang malam pagi petang aku menghabiskan masa aku dengan membaca buku tu je..Secara tak langsung hilang penyakit sunyi aku ! Wee ^^






Haa, macam nilah kaver die..Buku ni sebenarnya aku dah beli sejak aku f0rm 1, ni baru kali kedua aku nak khatamkan buku tu..hihihi . Okay ! Aku sarankan korang baca taw..Best sangat buku tu ^^ Banyak juga hadis yang diriwayatkan dalam buku tu :) Hadis dari Al Baihaqi pun ada..Haha..Seriously aku minat sangat Imam Al Baihaqi..Nanti aku nak buat request kat PTS supaya buat buku mengenai beliau ! Insya Allah, tentu banyak hadis2 yang bakal dikongsi ^^ 








Okay ! Berbalik pada tajuk, hari ni aku nak cerita tentang seseorang .. Siapa ? Haha tak boleh bagitaw nama die nanti dia tersedak masuk hospital pulak.. Haha ok fine tak lawak okay ! Hari ni aku nak cerita tentang seseorang hamba Allah bagi aku merupakan seorang paling rapat dengan aku dan banyak mengetahui tentang hidup aku lebih dari ibu bapa aku sendiri ! Tudiaaa ..Bayangkan betapa aku percaya dan akrab sangat dengan dia =)









Yang paling membuatkan aku suka , percaya dan akrab sangat dengan dia sebab dia sentiasa berada di sisi aku tak kira susah dan senang, gembira dan sedih, suka dan duka, pahit dan manis dan banyak lagilah..Seumur hidup aku, tak pernah ada orang yang baik sangat dan rapat sangat dengan aku melainkan dia ! Tapikan .. Dia tak pernah cerita pasal hidup dia kat aku.. Dia sentiasa ada kat belakang aku, sokong aku, bagi semangat dekat aku, selalu mendengar isi hati aku tapi hakikatnya dia tak pernah cerita lebih mendalam pasal hidup dia..Aku pun hairan..Aku pernah tanya mengenai hidup dia, tapi dia macam keberatan nak bagitaw.. Tanya umur ibu dia pun dia takmau bagitaw..haihh..Tapi takpelah aku hormat prinsip hidup dia =)







Dia seorang yang lawak dan pandai ambil hati taw ^^ ..Bila dia tahu aku tengah bosan sebab aku selalu duduk sorang2 dalam bilik pasal keluarga aku pun selalu duduk dalam bilik mereka je, so aku rasa sunyi dan bosan , dia pun mulalah nak ceriakan aku..Dia selalu buat cerita2 merapu dan lawak giler yang aku sendiri pun tak pernah bayangkan ! Hahaha.. Yang paling aku tak boleh lupa yang dia cerita pasal BIAWAK ! Die cerita kenapa biawak boleh dapat nama biawak..Nak tahu sebabnya ? Hihi sebab biawak dibiarkan oleh awek dia dan dia berasa sunyi sangat dan sejak tu dia dipanggil biawak ! Hahaha.. Ekceili panjang lagi dia cerita kat aku tapi aku dah lupa, dia cerita kat aku masa cuti bulan 6 haritu =)  Tapi takpe,nanti bila telefon lama aku dah diperbaik, aku bolehlah screenshot sebab aku tak delete pun mesej dia yang dulu2 ^^ 

Selain biawak, tak silap aku pun dia pernah cerita pasal kipas ! Hahahaha xD  Dia cerita kenapa kipas ada tiga bilah je? Aku tak ingatlah jawapan dia, tapi yang aku tahu jawapan yang dia kasik panjang dan lawak sangat, masyAllah , hahaha ..Jawapan dia macam cerpen pun ada, ada permulaan, klimaks dan penutup.. Seyez lawak ! Aku tak sangka otak dia kreatif sangat ^^ Haihh bertuahhhh sangat aku dapat rapat dengan dia ! Mohon jelessss..Masa cuti sekolah bulan 6 aku yang membosankan sebab aku kena kurung dalam rumah je bertukar menjadi yang paling ceria tak pernah aku rasa disebabkan dengan kehadiran hamba Allah tuu ! Seriously aku tak berhenti senyum dan gelak masa cuti haritu..Ada je lawak2 yang dia reka yang mencuit hati..Masa tu aku bahagia sangat tak terkata ! Sumpah aku seronok sangattt..yipieeeee xD










Selain tu, dia juga merupakan insan yang paling setia dan paling baik dengan aku taw.. Tiap2 hari dia tanya khabar aku sebab dia tahu aku selalu jatuh sakit dan masuk hospital..Bayangkan tiap2 hari, dan dia tak pernah jemu ! Kalau orang lain, kawan2, sepupu aku , diorang mesti jemu punya ! Aku pernah try tiap2 hari contact depa, mula2 diorang layan tapi last2 masing diam terus pasal dah tak dak idea nak cakap apa, termasuklah aku juga ! Hehehe .. Tapi dia tak, ada je topik dan perkara yang mencuit hati yang dia akan kongsi dengan aku ..Memang bahagia lah hidup sejak aku dapat kenal dengan dia ! Dia adalah sebaik baik peneman.. Dia anugerah Allah yang paling berharga tak ternilai untuk aku =')








Dia pun suka sangat puji aku dan selalu buat aku senyum tersipu sipu sebab malu  :3 Dulu, setiap ayat dia bila sembang dengan aku kan, pasti dia akan cakap aku comel ! Masa otp pun sama ! Tak habis habis budak comel, budak comel, budak comel, awak comel , kenapa comel sangat ? Comelnyeeee..Adudududui..Kalau nak kira, dialah manusia paling banyak cakap aku ni comel ! Sumpah aku tak tipu, bukan nak mehangatkan cerita tapi betul korangg..Ya Allah, budak tu memanglaa..hahahaha.. Aku malu sangat bila dia cakap macamtu..Malu + bahagia ^^ ..Tipulah sapa tak suka kena puji ..Memang aku suka tapi sumpah aku malu  jugak..Bila aku balik sekolah, penat, kadang2 kene marah dengan ketua induk pusat sumber pasal tersalah kira stock memanglah muka aku masam dan monyok mencuka..Fuhh penat..Tapi bila balik sekolah tengok je inbox bertulis "Assalamualaikum sayangku yang comel :* <3 ! " Apa lagi, aku pun senyum macam apa je..Haha..Merah siott muka aku, dengan smiley dia pun ..fuhh.... terus lupa masalah pasal bahagia sangat..Haha macam apa je, macam syok sendiri je..kikiki






Seterusnya, dia selalu dengar luahan hati aku, dia ibarat hati aku tapi yang ada tangan dan kaki, boleh berjalan dan selalu ketagih buat workout..hahaha* aikk macam tau je sapa dia tu* Haihh nanti dulu ! Dengar cerita pasal dia dulu.. *wink2* XD Seriously memang aku cakap dia tak pernah jemu dengan isi hati aku, tatkala aku takda semangat dialah bagi semangat kat aku, tatkala aku sedih dialah yang mengukir senyuman di wajah aku, tatkala aku sakit, dialah yang bagi pedoman dan harapan untuk aku terus kuat untuk melawan penyakit aku tu..Mana ada orang lain yang sentiasa ada untuk aku macam mana dia ada.. Sebab tu aku macam kurang senang bila kawan aku marah aku terlampau rapat dengan dia..Dia kata dia cemburu sebab dengan dia pun aku tak pernah rapat macamtu..Aku macam nak tanya je kawan aku tu, bila aku sedih pernah dia buat aku gembira macam hamba Allah tu buat?Pernah? Tak pernah ! Even dengar luahan hati aku pun hang takmau, bila aku cerita,hang tak habis2 tukar topik cerita pasal masalah hang pulak..Aku je dengar masalah hang, hang tak pernah dengar masalah aku ! *memberontak dalam hati ><








Itu dia...Sebenarnya banyak lagi kebaikkan yang dia pernah buat untuk aku.. Sebab tu aku sayang dia sangat-II .. Itulah alasannya..Dia jaga aku dengan sepenuh hati dan jiwa raga dia..Banyak suka duka yang kitaorang lalui bersama sama..Tak pernah ada orang baik dengan aku macamtu kecuali ibu bapa aku..Dia benar-II ikhlas.. Mana aku sanggup hilang orang macam dia? Jadi sekarang aku harap korang faham kenapa aku sayang dia sangat-II ..Aku percaya,bila korang berada di tempat aku, sudah pasti korang aku merasai perkara yang sama =).. Siapa hamba Allah tu? Muhamad Al Baihaqy Bin Khalilullah nama yang diberi.. Senyumannya manis menenangkan hati, kata2nya penuh makna dan membahagiakan sanubari.. =) Ok..Sampai di sini sahaja...Assalamualaikum ^^


Aku merinduimu wahai sang penakluk hati... Maafkan segala kekhilafan aku..Aku cuma merindui kita yang dulu, kita yang selalu melalui hari-II dengan senyuman,gelak ketawa dan kasih sayang yang menenangkan jiwa..Aku takkan berhenti menunggu, hari itu untuk berlaku lagi.

Nak taw pasal aku dari pandangan kawan2 aku? haa tekan kat SINI kalau nak baca ! Search kat pasal sahabat part-1 hee~ Okayyyyy




Tiada ulasan:

Catat Ulasan