Sabtu, 16 November 2013

Hati Hawaku

Ruang Sepi


Assalamualaikum.. Hari ini hari kedua cuti sekolah..Aku masih di sini, menaip isi hati untuk mengisi kesunyian di hati.. Harap korang sudi dengan luahan hati aku ni..

Ya Allah..Aku cukup kuat dengan semua dugaanMu kerana aku yakin kau akan sentiasa bersamaKu, begitu banyak dalil dalam kalamMu yang mengatakan bahawa orang yang sabar adalah orang yang beriman yang berjaya di dunia dan akhirat..

Ya Allah, aku masih cukup kuat lagi untung berasa tenang apabila doktor kata aku ada penyakit jantung yang jika tak dirawat boleh meragut nyawaku, aku masih tenang lagi satu persatu rakan-II yang cukup baik denganku, yang selalu memberi ilham untuk aku terus maju kehadapan pergi meninggalku keseorangan..Tetapi Ya Allah, dengan namaMu yang Maha Suci, bagilah aku kekuatan bahawa hakikatnya orang yang paling aku cinta, yang paling rapat denganku,yang paling ambil berat pasalku, yang pernah kata yang paling sayang akan diriku semakin jauh dariku,seperti mahu meninggalkan aku..

Ya Allah, aku masih tidak kuat untuk tersenyum dan tabah untuk dugaanMu  yang baru itu..Malah demi namaMu, aku semakin sakit, semakin sebak, semakin lumpuh tidak mampu berpijak lagi di bumi nyata..Ya Allah, aku mohon, ringankanlah sedikit penderitaan ini..Sudah cukup lama aku menanggung pelbagai penderitaan..Jadi kali ini aku pinta, Kau kurangkanlah sedikit walau sebesar zarah..

Ya Allah, di saat aku perlukan dia untuk menguatkan semangatku menempuhi ujianMu yang maha Hebat, dia pergi jauh dariku, seperti meninggalkanku..Jika dulu, dialah yang memberi 1001 semangat dan tidak pernah sesekali menjauhiku  serta sentiasa mendampingiku kerana dia tahu, aku amat memerlukan dia tatakala waktu pertama sekali aku disahkan mempunyai penyakit yang kritikal itu..Ya Allah, aku semakin sakit,sejak kebelakangan ini aku tidak putus-II demam dan sesak nafas..Jika ini berterusan sudah pasti aku akan dihantar ke IJN untuk membuat pembedahan..Pembedahan?Ya itulah rahsia yang tak pernah aku ceritakan kepada sesiapapun, kecuali kedua orang tua aku sahaja yang mengetahui..

Tetapi, pada waktu ini, pada waktu aku amat perlukan dia lebih aku perlukan pada waktu yang lain, dia tiada..Ya Allah, sungguh perit penderitaan ini, kau telah mengambil satu persatu pemberi semangat hidupku pergi menjauhiku dan meninggalkanku.. Adakah ini takdir jalan ceria hidupku? Kalau benar Ya Allah, aku redha ya Allah :') Jika semua penderitaan ini mampu membuatku dekat dengan Rasulullah saw pada hari penghintungan aku bahagia ya Allah..Allahuakbar !

Tetapi ya Allah, aku mohon, kau kurangkan sedikit sahaja dugaan ini..Sesungguhnya aku hampir sahaja merobek takungan kolam air mataku,merobek hatiku dengan cubaan ini..Sesungguhnya ya Allah,kau kurangkanlah cubaan ini,aku tidak mahu bersedih dan kecewa kerana dalam firman dan hadis QudsiMu sendiri pun mengatakan,engkau tidak suka akan manusia yang bersedih dan kecewa..

Adakah ini pengakhiran hidupku? Kerana terlalu banyak dugaan yang datang seperti air di lautan..Dugaan untuk menghapuskan dosa untuk menghadap ilahi?Ya Allah..Sekiranya ya,kau sucikanlah hatiku, berilah aku pengakhiran yang baik, dan tempatkanlah aku dekat dengan roh yang tenang dan beriman ..Aamiin..

Sejak kecil lagi aku sudah biasa dengan perkara perkara berkaitan dengan benda ghaib kerana orang yang sedang sakit, dan tidak kuat seperti kudrat yang ada pada orang yang sihat sering menjadi mangsa perkara ini..Ya Allah, kau lindungilah aku dari semua perkara itu..Aku membenci perkara itu seperti aku benci dilemparkan di dalam neraka..Ya Allah, kau kurniakan ketenangan dalam hidup aku walau sebesar zarah sahaja yang ku pinta..aku sudah hampir lemas di dalam kerisauan dan kegundahan..Ya Allah..Kau pegangilah hatiku...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan