Khamis, 14 November 2013

KELUHURAN

BERTAFAKUR


Bismillah Hirrahman Nirrahim..Assalamualaikum..Salam Jumaat penghulu sekalian hari ^^ Hye korang?Cuti dah nak start ?apa yang korang nak buat? Aku just duduk rumah,maybe? Aku bukan keluarga berada nak makan angin..haha Tapi duduk rumah pun dah kira bersyukur bole berbakti kat mak and ayah mengumpul pahala :D




=) Hari ni aku nak cerita pasal apa? entahlah..Aku pun tak tahu..Haha Knapa dengan gambar kat atas? Ohh itu menggambarkan persaan aku ^^ Sebenarnya semalam merupakan hari yang sangat bahagia dan sangat cemas dalam hidup aku.. Bahagia kerna pergi mcD dengan Fatin and Kamilia..Sahabat baik aku ^^ Kitaorang sembang,gelak..Punya meriah mcD tuu dengan suara kitaorang..Haha..

Tapi dalam masa yang sama hati aku susah hati, memikirkan ke mana telefon aku menghilang..Tapi aku tenangkan hati, aku takmau dah bersedih depan kawan aku time mcm ni..Lepas dah habis makan, aku pun datang sekolah balik nak amik telefon, rupa2nya, pakcik pembantu sekolah kata telefon tu dah diserahkan kepada Tuan Syed, PK 1 sekolah aku...Betapa cemasnya hatiku, pelbagai perkara yang bermain difikiranku..

"esok boleh amiklaa telefon kat cikgu,sbb dia dah balik" kata pakcik tuu..aku bertambah lagi susah hati..Aku balik rumah dalam keadaan termenung, aku tak cerita apa2pun kat mak ayah aku tentang perasaan aku..kalau aku cerita mesti diorang tanya kenapa aku nak susah hati sangat, ada apa dalam telefon tu?Haa lagi payah, lebih baik aku diamkan diri

Sebenarnya dalam telefon tu banyak perkara rahsia..Tentang hubungan aku dengan Bai, semua2nya..Mesej aku dengan dia, semua tu amat peribadi..Kalau jatuh di tangan orang luar, habislah..Hanya Allah sje yang tahu betapa keluh resah gelisah hati aku masa tuu..

Azan maghrib pun berkumandang..aku pun terus solat..Tapi aku pelik, walaupun aku dilanda masalah yang dasyat, aku kusyuk dan tenang sangat solat..Tak pernah setenang tu masa solat, rasa dekat sangat pada Sang Kekasih pencipta alam..Lepas solat, aku berdoa supaya Allah tenangkan hati aku, permudahkanlah urusan esok yang pasal kes telefon tuu..Lepastu tiba2 rasa rajin nak baca Al quran..Ya Allah, memang tenang..

Aku tertanya, mengapa ? Mengapa Allah kurniakan ketenangan macamtu? Dan aku bersyukur, Allah masih sayangkan aku, Allah tenangkan hati aku waktu aku dilanda musibah yang mana aku tak boleh cerita kat sesiapapun..Allah Huakbar ! SubanAllah :') Maha suci Allah..

Lepas solat isyak, lebih kurang pukul 10 aku sms Bai..aku cerita segalanya..dia tampak resah bila aku cakap macamtu..Dia sekali lagi mencarut..Aku terkejut sangat dan tiba2 aku rasa sedih, hampir berguguran mutiara di kelopak mataku..Tapi takpa aku faham kondisi dia..Siapa tak terkejut kalau melibatkan perkara hidup dan mati masa depan kita !

Kitaorang mesej tak panjang, dia habis kredit,,aku bengang jugalah, awat cepat sangat habis kredit, dengan siapa lagi dia mesej, perempuan mana?? Tapi, aku cuba THINK POSITIVE..Alhamdulillah akhirnya hati aku tenang balik..Aku kecewa sikit dia tak dapat bersama dengan aku menenangkan hati aku padahal dia seolah olah sebahagian dari diri aku..Tapi aku pujuk hati aku, aku buang jauh2 hasutan syaitan yang cuba bersangka buruk kat dia padahal Bai tu seorang yang sangat baik budinya dan hatinya. !

Malam tu aku tak tenang tidur, memikirkan masalah telefon tu ditambah lagi perasaan rindu dekat Bai..Banyak perkara yang berlegar legar difikiranku..Hati kecil aku berbunyi, "Kenapa dia macam menjauhkan diri dari hang?Padahal dengan perempuan lain dia still okay dan mesra sangat, dengan hang pun dia tak mesra macamtu, dengan hang?dia cuba menjauhkan diri, kurangkan contact..bila hang kata hang syg dia semua, dia mcm xde perasaan, hang dok rindu dia mcam ap, ad dia ingat kat hang mcam hang ingat kat dia, hg tak sedar ke hang dok terhege hege kat dia tapi dia tak suka hang pun..??hei move onlaaa, dia teruskan hubungan psl nfsu je!!"Astagfirullah Halazim..Aku terkejut sangat bila aku tercakap mcmtu, aku terus2 amik wuduk lps aku fikir macamtu...Terlalu banyak hasutan syaitan sampai aku sanggup menuduh sedemikian rupa kat dia!!!

Lepas amik wuduk,Alhamdulillah aku boleh tido sampai subuh esok..Aku pergi sekolah dengan hati yng tenang, alhamdulillah, lepastu aku terus bergegas jumpa cikgu..alhamdulillah! Cikgu bagi telefon aku tanpa bertanya apa2 hanya dengan senyuman manis terukir ! Allah! Aku rasa nak menangis tanda syukur :')) Masa balik tu aku terus telefon bai guna public fon nak kabarkan tentang berita tuu, aku takmau dia susah hati..Kesian dia...Muka dia yang hensem dan comel tuu dok susah hati..hehe..Tapi dia tak angkat..Hmm..pasrah jelah..hahaha

Tapi bila diingatkan balik, rasa bersalah bagitau Bai..Kesian dia, mesti susah hati sangat :'( aku ni memanglah seorang perempuan yang tak guna ! Hmm :'( aku harap Bai maafkan semua salah aku kat dia...hurmmm..Dan aku nak luahkan..Aku rindu dia sangat,mengharap dia ada sekarang..Hurm..terasa kewujudan aku menyusahkan dia..Patutkah aku pergi dari hidup dia? tapi aku sayang dia ?Tapi? Arghh kusut kepala aku..Yang penting aku doakan kebahagian dia sahaja ! Aku nak dia jadi lelaki yang berjaya dunia akhirat,menjadi lelaki yang soleh dan cinta kepada Allah lebih dari segalanya..Ya Khaliq, makbulkanlah doaku..

-Ya Alllah kau peganglah hatiku, kau tutupkanlah hati aku dari mencintai lelaki yang bukan tercipta untukku, kalau benar dia sememangnya pemilik tulang rusukku,maka kau bukalah hati ini mencintainya - (Petikan Stanza Cinta)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan